
ASTANA, 19 Jan – 52 orang terkorban hari apabila bas yang dinaiki terbakar di Kazakhstan, menurut kenyataan menteri perkhidmatan kecemasan negara itu.
“Pada 18 Januari, jam 10:30 pagi, bas terbakar, 55 penumpang dan dua pemandu berada dalam bas itu. Lima daripada mereka berjaya meloloskan diri untuk mendapatkan rawatan. Penumpang-penumpang yang lain terkorban di tempat kejadian,” menurut kenyataan menteri tanpa memberi maklumat lanjut tentang sebab kebakaran itu.
Pemandu bas itu berkata penumpang itu merupakan warganegara Uzbek sementara kenderaan itu didaftarkan di Kazakhstan, Ruslan Imankulov memberitahu AFP. (Klik di sini untuk berita lanjut)