NEW DELHI, 20 Feb – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut manakala 24 lagi cedera, sebahagian daripadanya kritikal, dalam nahas membabitkan sebuah bas yang membawa rombongan pengantin di negeri Bihar di timur India pada Selasa.
Nahas itu berlaku pada malam Isnin di Patna, ibu negeri Bihar, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan polis.
‘’Nahas jalan raya di Kampung Kandap meragut nyawa tujuh anggota sebuah majlis perkahwinan dan mencederakan 24 lagi selepas bas yang membawa mereka terbalik,” kata seorang pegawai kanan polis di Patna. (klik di sini untuk cerita lanjut)