Bas terjunam ragut 3 jiwa, 18 cedera

PALA MESA, 23 FEB – Sebuah bas sewa carter tergelincir di lebuh raya di Selatan California semasa hujan lebat dan terjunam ke benteng hingga melibat tiga terkorban dan mencederakan 18 yang lain, kata pihak berkuasa.

Beberapa penumpang terhumban dari bas dan seorang yang maut terperangkap di bawah kenderaan selepas ia bergolek pada jam 10 pagi di persimpangan 15 di Pala Mesa, kira-kira 45 kilometer utara San Diego, kata jurucakap Bomba dan Penyelamat Daerah North County, John Choi.

“Tidak ada tali pinggang keledar pada bas ini,” kata Choi. Seorang lagi yang meninggal terperangkap di dalam bas itu, tambahnya.

Yang cedera dibawa ke tiga hospital dengan mengalami pelbagai kecederaan, kata Choi.

Pegawai Peronda Lebuh raya California memberitahu San Diego Union-Tribune bahawa seorang pesakit berada dalam keadaan kritikal dan tiga yang lain mengalami kecederaan parah.

Pemandu bas mengalami kecederaan ringan dan masih di tempat kejadian. Dia nampaknya tergelincir dan hilang kawalan bas, kata Pegawai Mark Latulippe. Bas itu membuat perjalanan dari Los Angeles ke San Ysidro, di utara sempadan Amerika Syarikat (AS) dan Mexico, kata pegawai itu. Penumpang termasuk orang dewasa dan kanak-kanak.

Kemalangan itu menyebabkan trafik di laluan utama yang menghubungkan San Diego ke kawasan pedalaman di Selatan California. –AP

Sebuah bas terjunam di persimpangan 15 di Wilayah Utara San Diego Utara membunuh beberapa orang dan mencederakan
orang lain. – AP