Monday, January 30, 2023
23.1 C
Brunei

-

BASA jadi BDSA

Oleh Fadhil Yunus

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 NOV – Badan induk kebangsaan yang bertanggungjawab terhadap perkembangan sukan akuatik di negara ini telah menukar nama kepada Persatuan Renang Brunei Darussalam (BDSA) daripada Persatuan Renang Amatur Brunei (BASA).

Perkara ini telah disahkan semasa mesyuarat agung tahunan (AGM) yang telah diadakan di Kolej Cosmopolitan, Jaya Setia Square, Berakas, baru-baru ini.

AGM tersebut juga menyaksikan pelantikan ahli jawatankuasa baharu untuk penggal bermula November 2022 sehingga November 2024.

Aziz Latip telah dilantik sebagai Presiden, manakala Yang Berhormat Dato Seri Paduka Haji Ahmad bin Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja Dato Laila Utama Haji Awang Isa dilantik sebagai Timbalan Presiden.

Ang Beng Siong telah dilantik sebagai Setiausaha Kehormat, bersama Melissa Ang sebagai Pembantu Setiausaha.

Gambar ramai barisan ahli jawatankuasa baharu Persatuan Renang Brunei Darussalam (BDSA). – Gambar serahan BDSA

Sementara itu, Linda Lai telah dilantik sebagai Bendahari Kehormat, manakala Christian Nikles dilantik sebagai Wakil Atlet.

Ahli-ahli baharu lain termasuklah Zeti Reza Amin, Normah Haji Nadi, Josephine Nikles, Harjimmey Zainal dan Awangku Farid bin Pengiran Idrus.

Antara objektif BDSA ialah menggalakkan, membangunkan dan menyelia sukan akuatik di Brunei Darussalam; mengadakan perlawanan yang adil dan bersih serta memelihara integriti sukan; dan menggalakkan sukan akuatik yang selamat dan melindungi atlet daripada segala bentuk gangguan.

Tambahan lagi, persatuan tersebut mahu menggalakkan penyertaan sukan akuatik di semua peringkat, tanpa mengira usia, jantina atau bangsa, dan memastikan aktiviti tersebut dapat disertai oleh semua orang.

Persatuan juga menganjurkan pertandingan dan acara berdasarkan garis panduan FINA.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S sokong hantar bantuan kepada Korea U

SEOUL, 27 JAN – Kerajaan Korea Selatan hari ini berkata bahawa ia akan membantu usaha orang awam untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada Korea Utara...
- Advertisment -