Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Basahi hati dengan keimanan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 MEI – Malam Munajat anjuran Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) kali ke-36 minggu ini diisi dengan tazkirah yang antara lain menyentuh mengenai hati yang dibasahi dengan keimanan dan semoga bertambah lagi cinta kepada Allah SWT.

    Dalam tazkirah bertajuk ‘Hati’ itu, Pegawai Pelajaran Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Dayang Siti Hanisah binti Haji Othman berkata, hati bukan sahaja sebuah organ, akan tetapi ianya lebih daripada sekadar organ.

    Dalam perbualan seharian, jika orang itu baik dikatakan baik hatinya, jika orang itu mudah menangis dikatakan puah hatinya, jika orang itu membuat kerja dengan hati-hati dikatakan sepenuh hatinya.

    Oleh itu hati bukan sahaja sebuah organ malah hati memainkan perasaan dalam kehidupan, jelasnya.

    Menurut kenyataan KHEU, Majlis Malam Munajat kali ini khas untuk wanita yang melibatkan peserta wanita terdiri daripada para pegawai dan kakitangan di bawah Kementerian Pendidikan berserta keluarga masing-masing.

    Antara yang menyertai Malam Munajat tersebut.

    Antaranya, pemimpin-pemimpin sekolah, guru-guru serta mahasiswi dan mahasiswi dari institusi-institusi pengajian tinggi di Negara Brunei Darussalam iaitu Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Universiti Teknologi Brunei (UTB), Politeknik Brunei (PB) dan Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE); serta pelajar-pelajar wanita Negara Brunei Darussalam yang berada di luar negara.

    Di samping itu, 13 buah persatuan juga mengikuti malam munajat ini secara maya antaranya, Persatuan Pelajar UNISSA; Persatuan Siswazah UNISSA; Persatuan Alumni UNISSA; Mahasiswi UTB; Kelab Nasyidul Islam PB; dan Kelab Kami Adalah Wawasan Asset Negara (KAWAN) PB.

    Turut hadir ialah isteri Menteri Hal Ehwal Ugama, Datin Hajah Nahriah binti Haji Awang Asbi; isteri Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Datin Hajah Jamaiah binti Haji Abdul Manaf; Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) di Kementerian Pendidikan, Dr Shamsiah Zuraini Kanchanawati binti Haji Tajuddin; dan Naib Canselor UTB, Profesor Dr Hajah Zohrah binti Haji Sulaiman.

    Malam dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Datin Seri Paduka Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh serta pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Pendidikan.

    Acara kemudian diteruskan dengan bacaan Surah Yasin beramai-ramai yang dipimpin oleh Hajah Norfaezah binti Haji Emran yang merupakan johan qariah Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1442H/2021M dari Masjid Kampung Pulaie.

    Kemudian majlis diikuti dengan bacaan Doa Munajat bagi memohon keampunan dari Allah SWT agar terhindar daripada bala bencana serta penyakit berbahaya. Selesai tazkirah, Asma’ul Husna dan selawat dibacakan sebelum diakhiri dengan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...