Tuesday, May 30, 2023
28 C
Brunei

    -

    BASBA terima tajaan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 OKT – Persatuan Besbol dan Sofbal Amatur Brunei (BASBA) pada petang tadi telah menerima tajaan berupa baju daripada Progresif Brunei Sdn Bhd.

    Penyerahan tajaan tersebut bersempena dengan penyertaan Negara Brunei Darussalam dalam 6th Women’s and 8th Men’s East Asia Softball Masters 2022 yang akan berlangsung di Singapura pada bulan depan.

    Hadir bagi menyerahkan tajaan tersebut ialah Ketua Strategi Jenama, Dayang Hafiza Mohamad. Sementara itu, tajaan diterima oleh Naib Presiden BASBA, Mejar (B) Wan Haji Mohd Tambrin bin Haji Suhaili, yang mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Progresif atas tajaan dan sokongan yang diberikan kepada pasukan sofbal negara.

    Pada kejohanan sebelumnya yang telah diadakan pada tahun 2019 di Negara Brunei Darussalam, pasukan negara berjaya menduduki tempat pertama dalam kategori wanita manakala pasukan lelaki negara mendapat tempat ketiga.

    Kejohanan sofbal mula diperkenalkan pada tahun 2013, yang biasanya disertai oleh pasukan daripada Indonesia, Thailand, Hong Kong, Jepun, Singapura, Malaysia dan Negara Brunei Darussalam. Walau bagaimanapun, pasukan dari Hong Kong tidak dapat menyertai kejohanan pada kali ini disebabkan beberapa sekatan COVID-19.

    Gambar ramai semasa majlis penyerahan tajaan berkenaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    ‘Saya sangat letih’

    SYDNEY, 29 MEI – Ketua Menteri yang popular di Australia Barat, Mark McGowan, yang mengasingkan negerinya daripada dunia semasa kemuncak pandemik COVID-19, hari ini...
    - Advertisment -