BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Ogos – Jenama aksesori teknologi China, Baseus, membuka kedai pertamanya di negara ini melalui perkongsian rakan tempatan, Chipmac Technology di Airport Mall dalam pembukaan awal.
Baseus yang dikendalikan oleh Paul Lim sebagai pengurusnya akan dirasmikan pada 5 Ogos ini, dibina berkonsepkan ‘Base of Use’ yang bermakna mengatasi kesukaran dengan kemudahan paling hebat dan nilai teras jenama ‘semua produk yang baik harus praktikal’.
Baseus memberi tumpuan kepada reka bentuk estetik praktikal, pengeluaran yang tulen dan penciptaan gaya yang ringkas serta bersahaja.
Selain itu, Baseus juga merupakan jenama aksesori teknologi yang dikenali di seluruh dunia dan popular di Korea, Australia, Dubai, Filipina dan akhirnya membuka kedai pertamanya di negara ini.