Tuesday, March 25, 2025
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Baseus rasmi cawangan pertama di Brunei

    Oleh Sim Y. H.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Ogos – Orang ramai kini boleh mendapatkan pelbagai aksesori untuk produk Apple dan peranti pintar apabila syarikat aksesori teknologi jenama Baseus membuka kedai pertamanya di Negara Brunei Darussalam menerusi rakan kongsi tempatannya, Chipmac Technology, hari ini.

    Perasmian cawangan pertama Baseus itu disempurnakan bersama oleh pengarah-pengarah urusan Chipmac Technology, Paul Lim dan Tim Ang.

    Tim semasa majlis perasmian itu menyatakan bahawa kedai tersebut menawarkan pelbagai produk dan aksesori untuk peranti pintar yang dikeluarkan oleh Baseus yang merupakan jenama dari China yang berkualiti.

    Beliau berkata bahawa Baseus mempunyai pelanggan di seluruh dunia termasuk Korea, Australia, Filipina dan yang terbaharu membuka kedai konsep pertamanya di Negara Brunei Darussalam.

    Paul Lim (dua kiri) dan Tim Ang (dua kanan) memotong reben bersama kakitangan yang lain bagi merasmikan pembukaan kedai pertama jenama Baseus di Brunei, kelmarin.
    Para pengunjung mendapatkan penerangan mengenai aksesori peranti pintar jenama Baseus yang terdapat di kedai berkenaan.

    Menurutnya lagi, dengan adanya cawangan pertama itu, ia memberikan peluang kepada mereka untuk memperkenalkan pelbagai produk dan trend teknologi terkini kepada para pelanggan di Brunei.

    Para pengunjung ke kedai konsep Baseus yang dibuka setiap hari boleh menyaksikan sendiri dan mendapatkan penerangan daripada kakitangan kedai mengenai pelbagai produk peranti pintar yang inovatif termasuk speaker, powerbank dan alat-alat pengecas dengan harga yang mampu dimiliki serta berkualiti.

    Baseus adalah jenama yang dibina dengan konsep praktikal ‘Base of Use’ yang bermakna mengatasi kesukaran dengan kemudahan paling hebat dan nilai teras jenama ‘semua produk yang baik harus praktikal’.

    Baseus memberi tumpuan kepada reka bentuk estetik praktikal, pengeluaran yang tulen dan penciptaan gaya yang ringkas serta bersahaja.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda