Basikal laris ketika wabak

PORTLAND, MAINE – Para penggemar kecergasan yang terhalang bersukan berikutan penutupan gimnasium, penumpang yang takut menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam, dan keluarga menjadi stres terkurung di dalam kediaman mereka masing-masing semasa wabak koronavirus telah menyebabkan lonjakan penjualan basikal yang tidak dapat dilihat dalam beberapa dekad.

Di Amerika Syarikat, di bahagian basikal di kedai-kedai besar seperti Walmart dan Target telah habis terjual, dan kedai-kedai bebas menjalankan perniagaan dengan cepat dan menjual basikal ‘keluarga’ dengan harga yang berpatutan.

Penjualan basikal selama dua bulan terakhir menyaksikan lonjakan terbesar di AS sejak krisis minyak pada tahun 1970an, kata Jay Townley, yang menganalisis trend industri berbasikal di Human Powered Solutions.

“Orang ramai secara terus terang merasa panik, dan mereka membeli basikal seperti tisu tandas,” kata Townley, merujuk kepada pembelian secara tergesa-gesa untuk membeli barang keperluan seperti tisu tandas dan pensanitasian tangan yang dilihat ketika awal mulanya wabak.

Trend ini dicerminkan di seluruh dunia, kerana bandar-bandar yang lebih terkenal dengan kesesakan jalan raya, seperti Manila dan Rom, membina lorong basikal untuk menampung minat berbasikal yang meningkat sementara pengangkutan awam tetap dibatasi. Di London, pihak berkuasa perbandaran merancang untuk melangkah lebih jauh dengan melarang kereta dari laluan beberapa jalan raya tengah.

Gambar bertarikh 9 Jun 2020 menunjukkan Harvey Curtis (kiri) menerangkan cadangan pembaikan basikal kepada pelanggan, Jack Matheson di luar Sidecountry Sports, sebuah kedai basikal di Rockland, Maine. – AP
Gambar fail bertarikh 9 Jun 2020 menunjukkan rak bahagian basikal di Walmart di Falmouth habis terjual. – AP

Semenjak penularan wabak COVID-19, permintaan terhadap basikal semakin meningkat dari sebelumnya. – AP

Pemilik kedai basikal di ibu negara Filipina mengatakan permintaan adalah lebih tinggi daripada Hari Krismas. Insentif kewangan meningkatkan penjualan di Itali, di mana rangsangan pasca lockdown kerajaan bulan lalu termasuk rebat bernilai 500 euro (AS$575) hingga 60 peratus daripada kos basikal.

Permintaan yang tinggi menyebabkan kekurangan yang akan memakan masa beberapa minggu, mungkin berbulan-bulan, untuk diselesaikan, terutama di AS, yang bergantung kepada China untuk sekitar 90 peratus basikalnya, kata Townley.

Pengeluaran di sana sebahagian besarnya dihentikan kerana koronavirus dan baru dilanjutkan.

Basikal mula laris pada pertengahan bulan Mac ketika negara-negara menutup sempadan mereka, perniagaan ditutup, dan perintah berkurung di rumah dikenakan untuk memperlambat penyebaran koronavirus yang telah menjangkiti berjuta-juta orang dan membunuh lebih daripada 450,000.

Penjualan basikal rekreasi dewasa meningkat tiga kali ganda pada bulan April sementara keseluruhan penjualan basikal di AS, termasuk basikal kanak-kanak dan elektrik, meningkat dua kali ganda dari tahun sebelumnya, menurut firma penyelidikan pasaran NPD Group, yang mengesan penjualan basikal runcit.

Ini jauh dari apa yang dijangkakan di industri AS$6 bilion di AS yang telah memprojeksikan penjualan yang lebih rendah berdasarkan jumlah yang lebih rendah pada tahun 2019 di mana tarif punitif terhadap basikal yang dihasilkan di China mencapai 25 peratus.

Terdapat banyak sebab untuk ledakan penjualan basikal ketika pandemik. Di seluruh dunia, banyak pekerja mencari alternatif pengangkutan seperti bas dan kereta api bawah tanah. Orang yang tidak dapat pergi ke gim, mereka mencari cara lain untuk bersenam. Dan keluarga yang terkurung di rumah mencari jalan untuk memastikan anak-anak mereka tetap aktif semasa perintah berkurung.

“Kanak-kanak sedang mencari se-suatu untuk dilakukan. Mereka mungkin sudah sampai di hujung penggunaan internet sekarang, jadi anda harus keluar dan melakukan sesuatu,” kata Dave Palese di Gorham Bike and Ski, sebuah kedai di Maine yang terdapat pilihan tipis untuk basikal rekreasi yang berorientasikan keluarga.

Pengusaha restoran Bar Harbor, Brian Smith membeli basikal baharu untuk salah seorang anak perempuannya, seorang perenang yang kompetitif, yang tidak dapat masuk ke kolam renang.

Baru-baru ini, dia menuju semula ke kedai basikal tempatannya untuk mencari basikal yang sesuai bagi anak perempuan bongsunya, yang baru belajar menunggang.

Ketiga-tiga anak perempuannya menggunakan basikal mereka setiap hari, dan seisi keluarga pergi menunggang beberapa kali seminggu. Fakta bahawa mereka bersenam dan menikmati udara segar merupakan satu bonus.

“Ia menyeronokkan. Mungkin itulah kebaikannya. Ia sangat menyeronokkan dengan menunggang basikal,” kata Smith ketika dia dan anak perempuannya yang berusia 7 tahun, Ellery, mengayuh ke kedai basikal.

Pandemik ini juga mendorong ledakan penjualan basikal bantuan elektrik, yang disebut e-basikal, yang merupakan bahagian utama dari keseluruhan pasaran hingga sekarang.

Sebilangan besar e-basikal memerlukan penunggang basikal untuk mengayuh, tetapi motor elektrik memberikan kelebihan.

VanMoof, pembuat e-basikal Belanda, melihat ‘permintaan tanpa had’ sejak wabak itu bermula, mengakibatkan tunggakan pesanan selama 10 minggu untuk basikal elektrik komuternya, berbanding dengan waktu penghantaran sehari yang biasa, kata pengasas bersama Taco Carlier.

Penjualan syarikat melonjak 138 peratus di AS dan meningkat 184 peratus di Britain pada tempoh bulan Februari-April berbanding tahun lalu, dengan keuntungan besar di negara-negara Eropah yang lain. Syarikat itu berusaha untuk meningkatkan produksi secepat yang mungkin, tetapi memerlukan dua hingga tiga bulan untuk memenuhi permintaan tersebut, kata Carlier.

“Kami mempunyai beberapa masalah dengan rantai bekalan kami pada bulan Januari, Februari ketika krisis melanda pertama di Asia,” kata Carlier. Tetapi “masalahnya sekarang adalah dengan permintaan, bukan bekalan.”

Penjualan di Cowboy, pembuat e-basikal Belgium, meningkat tiga kali ganda pada tempoh bulan Januari-April dari tahun lalu. – AP