Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Basma genggam emas

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JULAI – Atlet wusyu kebangsaan, Basma Lachkar, melakar sejarah baharu bagi sukan wusyu negara apabila beliau mengharumkan nama Negara Brunei Darussalam di pentas dunia dengan merangkul pingat emas dalam Sukan Dunia 2022 yang berlangsung di Birmingham, Alabama, Amerika Syarikat kelmarin.

    Basma dinobatkan sebagai juara dalam acara gabungan Taijiquan dan Taijijian wanita selepas mempamerkan persembahan yang bertenaga dengan mengumpul keseluruhan 19.040 mata dalam kedua-dua acara tersebut.

    Sementara itu, jurulatih wusyu negara, Li Hui berkata bahawa mereka berasa sangat beruntung kerana dapat melayakkan diri serta bertanding dalam kejohanan yang merupakan antara satu daripada lima sukan berprestij di dunia.

    Beliau juga memberitahu bahawa pencapaian tersebut merupakan pencapaian terbesar bagi atlet wusyu negara sejak 15 tahun lalu.

    Li Hui dalam pada itu turut menjunjung kasih kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Majlis Olimpik Kebangsaan Brunei Darussalam dan Persekutuan Wusyu Brunei Darussalam atas sokongan berterusan kepada kemajuan dan perkembangan sukan wusyu di Negara Brunei Darussalam.

    Basma meraih pingat emas bagi acara gabungan Taijiquan dan Taijijian Wanita di Sukan Dunia 2022 di Birmingham, Alabama, Amerika Syarikat kelmarin. – Gambar serahan jurulatih Li Hui
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...