NAIROBI, 8 JULAI – Pihak berkuasa di Burundi berkata semalam satu operasi polis untuk mengepung pengemis di bandar utama Bujumbura tidak akan berhenti sehingga mereka telah ‘dibasmi sepenuhnya’ dari jalan raya bandar tersebut.
Hampir 300 pengemis dan kanak-kanak jalanan ditahan di antara Rabu dan Khamis, menurut Persekutuan Kebangsaan Persatuan Kanak-Kanak di Burundi (FENADEB), kumpulan penaung yang mewakili 70 persatuan awam.
“Kami tidak akan menghentikan operasi kami sehingga aktiviti mengemis dan fenomena kanak-kanak jalanan dibasmi sepenuhnya di Burundi,” kata Felix Ngendabanyikwa, setiausaha tetap Kementerian Perpaduan Negara.
Hidup bergelandangan mem-bawa hukuman penjara dua bulan di Burundi, sementara memaksa budak di bawah umur meminta sedekah membawa hukuman penjara 15 tahun. – AFP