LONDON, 14 Mei – Penjaring gol kejuaraan Liga Perdana Inggeris buat Chelsea, Michy Batshuayi akan berharap untuk membuat penampilan dari awal perlawanan buat kelab itu dalam perlawanan di tempat sendiri menentang Watford Selasa ini.
Pemain penyerang dari Belgium itu keluar dari kerusi pemain simpanan untuk menjaringkan gol kemenangan 1-0 ke atas West Bromwich Albion yang mengesahkan Chelsea sebagai juara.
Batshuayi belum pernah memulakan permainan dari awal perlawanan sejak berpindah dari Marseille tahun lepas, namun boleh sahaja diberikan kedudukan itu apabila pengurus pasukan Antonio Conte memilih untuk membuat perubahan kepada pasukannya.
“Saya amat gembira buat Michy,” kata Gary Cahill berikutan kemenangan di The Hawthorns. “Dia tidak bermain begitu banyak perlawanan bola sepak seperti yang dia mahukan, namun untuk menjaringkan gol kemenangan adalah satu yang hebat buatnya.
“Kami telah bersama sebagai sebuah kumpulan sepanjang musim, itulah yang membawa di mana kami berada ketika ini.”

Kegagalan Chelsea untuk melayakkan diri bagi kejohanan Eropah musim ini, ditambah dengan beberapa rekod kecederaan pemain, bermakna Conte perlu melakukan sedikit perubahan terhadap kesebelasan utamanya ketika kempen Selasa ini.
Cesc Fabregas dan Willian kedua-duanya telah masuk dan keluar dari pasukan, namun pemain-pemain simpanan Chelsea selebihnya telah mula berjinak-jinak dengan padang Stamford Bridge.
Batshuayi bukannya keseorangan yang perlu menunggu bagi peluang-peluang bermain bersama Kurt Zouma, kapten kelab John Terry dan Nathan Ake, yang kembali dari pinjaman di Bornemouth pada Januari, kesemuanya dalam kedudukan sama.
Terry, ketua pasukan Chelsea, akan mengakhiri kerjaya 22 tahunnya bersama kelab itu pada akhir musim ini dan nampaknya sudah pasti untuk bermain pada salah satu daripada dua perlawanan terakhir musim ini. – AFP