‘Batu delima’ Myanmar jadi tumpuan

MOGOK, Myanmar – Setiap minggu Aye Min Htun berdoa agar mendapat batu delima yang dapat mengubah kehidupannya, salah seorang daripada ribuan penggali yang hidup di lombong Myanmar bagi menyara kehidupan sebelum berakhirnya sekatan AS dalam industri yang dikuasai tentera.

Bagi berabad-abad lamanya maharaja, raja-raja dan panglima perang telah bersaing untuk menguasai lembah Mogok, utara Mandalay, yang pernah dikenali sebagai ‘tanah batu delima’ bagi batu permatanya yang luar biasa.

Bagi batu ‘pigeon-blood’ yang unik adalah permata berwarna yang paling mahal di dunia – tahun lepas dipanggil sebagai Sunrise Ruby, dijual dengan rekod AS$30.3 juta, lebih AS$1 juta per karat.

Myanmar menghasilkan lebih daripada 80 peratus daripada batu delima di dunia, namun selama berdekad-dekad pengasingan di bawah bekas tentera junta bermakna industri itu masih diselimuti misteri.

Pada bulan Oktober, Amerika Syarikat menarik balik sekatan pengimportan batu delima sebagai mengiktiraf peralihan negara itu ke arah demokrasi di bawah kerajaan baru Aung San Suu Kyi.

Pelombong sedang melakukan kerja-kerja mereka. - AFP
Pelombong sedang melakukan kerja-kerja mereka. – AFP
Para pekerja lombong yang berada di lombong batu delima di Mogok, utara Mandalay. – AFP
Para pekerja lombong yang berada di lombong batu delima di Mogok, utara Mandalay. – AFP

Para pakar bimbang sebarang ledakan itu akan menamatkan pengisian poket saku tentera lelaki dan rakan-rakan mereka yang menguasai sebahagian besar perdagangan permata itu.

Aye Min Htun menerima kurang daripada AS$200 sebulan hasil bekerja di sebuah lombong kecil dan terbuka di pinggir lembah itu, tetapi jika dia mendapati batu delima ??berharga, duit komisen itu dapat menampung untuk seumur hidupnya.

“Impian saya adalah untuk memulakan perniagaan jika saya berjaya dalam perlombongan,” kata remaja yang berusia 19 tahun itu kepada AFP dalam lawatan wartawan ke lombong Mogok baru-baru ini.

Di belakang beliau berbelas-belas orang lelaki menggunakan hos tekanan tinggi bagi penggalian dan pengasingan tanah, yang kemudiannya disusun di atas meja kayu oleh pekerja yang berkaki ayam. Ini adalah suatu pekerjaan yang berbahaya – tanah runtuh kerap berlaku.

“Saya sentiasa mengingatkan kepada pekerja lombong untuk sentiasa berhati-hati…Mereka masih kanak-kanak,” kata pengurus Pauksi. Bunyi seakan guruh kedengaran setiap minit dari perut bumi. Ianya datang daripada letupan dinamit yang diletupkan di lombong berdekatan. Letupan berlaku beratus-ratus kaki dari lereng bukit.

Penghasilan di Mogok telah meningkat sejak pertengahan 90-an apabila bekas junta pertama kali membenarkan syarikat swasta, dengan membawa jentera berat dan pelbagai kaedah perlombongan yang intensif.

Pada tahun 2003 Amerika Syarikat telah mengenakan sekatan bagi pusingan permata terhadap import batu permata Myanmar dalam usaha untuk mengurangkan dana tentera kerajaan. Namun kini lembah Mogok itu penuh dengan periuk api, tetapi penduduk tempatan melihatnya sebagai sedikit daripada keuntungan.

Seorang pelombong menunjukkan cebisan-cebisan batu delima dan jed di sebuah lombong batu delima di Mogok, utara Mandalay. – AFP
Seorang pelombong menunjukkan cebisan-cebisan batu delima dan jed di sebuah lombong batu delima di Mogok, utara Mandalay. – AFP
Pembeli melihat batu delima di pasar jed di Mandalay. – AFP
Pembeli melihat batu delima di pasar jed di Mandalay. – AFP

Industri ini telah diselia oleh Myanmar Gems Enterprise (MGE), sebuah syarikat milik kerajaan yang dikendalikan oleh bekas anggota tentera yang telah dikeluarkan daripada senarai sekatan AS pada bulan Mei.

MGE telah memegang pelaburan lombong dan memantau mereka, dengan memberikan kuasa yang kuat ke atas sektor lumayan itu. Tetapi para pakar percaya bahawa kebanyakan kuasa sebenar terletak dengan Perbadanan Ekonomi Myanmar (MEC), sebuah syarikat induk tentera sehingga baru-baru ini disenarai hitamkan oleh Washington.

Satu kajian daripada Extractive Industries Transparency Initiative melaporkan bahawa MEC mempunyai usaha sama ke atas hampir 100 buah lombong di Mogok dan rantau batu delima yang ??lainnya di negeri Shan.

Satu lagi daripada sumber pemerhati, NRGI, berkata “syarikat gabungan tentera seperti MEC sebenarnya menguasai pasaran batu permata” dan memainkan peranan penting dalam membenarkan “akses oleh syarikat-syarikat swasta”.

Kebanyakan syarikat-syarikat swasta di Mogok juga dipercayai dikendalikan oleh warga Thailand dan China yang menggunakan cabang-cabang syarikat untuk memintas undang-undang jika warga asing menjalankan lombong Myanmar.

Batu-batu yang berkualiti tinggi diseludup merentasi sempadan timur ke Bangkok atau Hong Kong, di mana batu itu digilap dan dijadikan sebagai barang kemas.

“(Batu delima) merah dan (batu nilam) biru kebanyakannya dijual ke pasaran gelap di Thailand,” kata Tun Hla Aung, dari badan industri Persatuan Usahawan Batu Permata dan Barang Kemas Myanmar.

Di hab pelancongan Mandalay, peniaga berharap akan pengakhiran sekatan AS akan dapat membawa lonjakan pelawat Amerika yang mencari dan membeli barangan mereka.

Pembeli memeriksa batu delima di pasar permata di Mogok, utara Mandalay. – AFP
Pembeli memeriksa batu delima di pasar permata di Mogok, utara Mandalay. – AFP
Batu-batu permata yang dijual di pasar permata di Mogok. - AFP
Batu-batu permata yang dijual di pasar permata di Mogok. – AFP

“Harga (batu delima) akan menaik dalam tempoh tiga hingga enam bulan akan datang,” spekulasi Khine Khine Oo di gerainya di pasar permata di bandar ini, di mana para pelanggan menapis timbunan kecil batu yang belum digilap di atas meja kayu.

“Kami menganggarkan kira-kira 50 peratus peningkatan … [atau] sekurang-kurangnya satu pertiga,” katanya sambil tersenyum, dan menambah bahawa peniaga telah menyimpan stok batu delima yang terbaik. Bagi sebahagian mereka, syarikat-syarikat AS sudah menghidu kawasan tersebut.

Beberapa minggu selepas pengumuman berakhirnya sekatan, Persatuan Perdagangan Batu Delima Amerika telah menghantar delegasi untuk melawat Mogok dan mengadakan perbincangan dengan pihak industri.

“Peniaga AS akan kembali untuk menjalankan perniagaan,” kata Ketua Eksekutif Douglas Hucker.

Kesemuanya akan “bekerjasama dengan peniaga berlesen” dan “berusaha untuk menentukan batu permata yang mereka membeli,” katanya, tanpa memberi maklumat lanjut.

Dalam usaha untuk menyekat eksploitasi yang tidak terhad terhadap jed dan batu permata Myanmar, kerajaan telah mengenakan penggantungan lesen pada bulan Julai. Syarikat-syarikat perlombongan kini perlu memenuhi peraturan-peraturan alam sekitar yang lebih ketat bagi mendapatkan permit.

Ko Ko Aung, pengurus pejabat batu permata San Taw Win Myanmar yang mempunyai kira-kira 10 plot di Mogok berkata bahawa “kebanyakan lombong kehilangan wang sekarang” apabila penggalian secara besar-besaran telah dihentikan. – AFP