Thursday, February 13, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Batu nuklear ditemui

    TOKYO, 23 Julai – Batu seperti lava yang dipercayai merupakan bahan api nuklear lebur telahpun ditemui di dalam reaktor Fukushima di Jepun oleh robot dalam air, kata operator kilang pada akhir pemeriksaan selama tiga hari.

    Sejumlah besar gumpalan pejal dan deposit ditemui untuk pertama kali oleh robot di lantai kapal pembendungan utama di bawah teras reaktor No. 3 Fukushima, kata Tokyo Electric Power (TEPCO).

    “Timbulnya kemungkinan besar objek pejal berkenaan merupakan campuran besi lebur dan bahan api yang jatuh daripada kapal,” kata jurucakap TEPCO, menambah syarikat itu sedang merancang menjalankan analisis lanjut ke atas gambar berkenaan.

    Siasatan tiga hari yang menggunakan robot dalam air yang kecil dan dikawal jauh, yang mempunyai saiz sebesar sebuku roti, berakhir semalam, kata jurucakap.

    TEPCO berkata gambar berkenaan adalah gambar pertama bahan api lebur sejak krisis pada 2011, apabila gempa bumi bawah laut menghantar ombak besar yang melanda pantai timur laut Jepun, membunuh lebih daripada 18,500 orang, dan menyebabkan tiga reaktor lebur di kilang dalam kemalangan paling teruk sejak Chernobyl pada 1986.

    Mengesan serpihan bahan api merupakan bahagian utama dalam proses penutupan untuk kilang itu, yang dijangka mengambil masa beberapa dekad. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda