Bau busuk jejas gerai Kg Kupang

Saya ingin menimbulkan keprihatinan saya terhadap tong sampah di Gerai Kampung Kupang.

Tong sampah tersebut diperuntukkan untuk pemilik gerai. Walau bagaimanapun, penduduk kampung berdekatan menggunakan tong sampah tersebut untuk membuang sampah rumah mereka sejak kebelakangan ini, hingga menimbulkan bau busuk yang menjejaskan pemilik gerai berhampiran.

Bolehkah pihak berkuasa meneliti perkara ini? Mungkin pihak berkuasa dapat memperuntukkan tempat pungutan sampah awam atau mengalihkan tempat pengumpulan sampah jauh sedikit dari gerai berkenaan. – Datuk Rahmat bin Haji Abdul Rahman