Bau pelik cetus gempar

MOSCOW, 19 JULAI – Dua orang dikejarkan ke hospital hari ini selepas pesawat menuju Armenia dikosongkan di Moscow disebabkan bau dan asap pelik di kabin, menurut para pegawai syarikat penerbangan dan lapangan terbang itu.

Operasi pesawat penerbangan itu terpaksa dihentikan semasa pelepasan selepas ‘bau pelik’ di dalam Boeing 737 itu, menurut syarikat itu.

Kru pesawat menggunakan gelongsor kecemasan untuk mengeluarkan kesemua 162 penumpang dewasa dan 11 kanak-kanak. – AFP