Baucar minyak bantu perkhidmatan PBSM

Oleh Nurdiyanah R.

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 OKT – Sebagai usaha bersama untuk mendukung pihak kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam menangani penularan wabak COVID-19, Perbadanan
Tabung Amanah Islam Brunei (Perbadanan TAIB) telah menyumbangkan baucar minyak kereta bernilai $2,000 kepada Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Negara Brunei Darussalam.

Sumbangan telah disampaikan oleh Pengarah Urusan Perbadanan TAIB, Datin Hajah Hasnah binti Haji Ibrahim kepada Haji Mohd Yusri bin Haji Wahsalfelah selaku ahli kehormat mewakili PBSM Negara Brunei Darussalam pada acara yang diadakan di Pejabat Pengurusan Korporat, Perbadanan TAIB, Airport Mall, Berakas.

Dengan adanya sumbangan tersebut diharap akan dapat membantu persatuan berkenaan dalam menyediakan pelbagai perkhidmatan sokongan seperti pengangkutan perkhidmatan swabbing, penghantaran perubatan, pemindahan pesakit COVID-19 dan sebagainya.

Datin Hajah Hasnah menyampaikan sumba-ngan baucar minyak kepada Haji Mohd Yusri. – Gambar serahan Perbadanan TAIB