Bavaria lancar ujian virus di stesen kereta api

BERLIN, 27 JULAI – Bavaria akan menubuhkan tapak ujian koronavirus di dua stesen kereta api terbesar serta lebuh raya, kata pemimpin negeri selatan Jerman hari ini, tatkala kebimbangan meningkat bahawa perjalanan musim panas mungkin mencetuskan gelombang jangkitan baharu.

Selain pusat ujian yang ada di lapangan terbang Bavaria, ujian juga akan ditawarkan di stesen kereta api Munich dan Nuremberg, serta tiga laluan lebuh raya utama berhampiran sempadan, beritahu perdana menteri negeri Markus Soeder pada sidang media.

“Kami tidak dapat menghalang sepenuhnya korona, maka  matlamatnya adalah memastikan ia dikesan tepat pada masanya untuk mengelaknya daripada merebak,” kata beliau. – AFP