Oleh Mohamad Asyramisyanie
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 April – Pasukan Rizfiz terpaksa akur dengan kekalahan 3-0 di tangan Pasukan Bawah-20 Brunei dalam persaingan Liga Futsal Brunei 2017 yang berlangsung di Dewan Serba Guna Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.
Abdul Azim Bollhassan membuka tirai jaringan bagi Pasukan Bawah-20 Brunei pada minit ke-17 sebelum rakan sepasukkannya Muhammad Abdul Azim Saini menggandakan pendahuluan pasukannya selang dua minit kemudian pada minit ke-19. Muhammad Nur Bazli Awang Basar menambah lagi satu jaringan bagi Pasukan Bawah-20 Brunei pada minit ke-36 dan kedudukan tersebut kekal hingga wisel penamat perlawanan.
Satu lagi perlawanan malam ini menyaksikan pasukan Najip FC menentang Pasukan Shah United FC yang akhirnya berkesudahan dengan jaringan 12 – 2 dengan kemenangan berpihak kepada Shah United.
Jaringan-jaringan Shah United dijaringkan oleh Fakhri Haji bangkul, Sukri Jaludin, ‘Abdul Khabiir Haji Ismail, Muhammad Ulfi Aminudsin, Abdul Muiz Shahrizan dan Muhammad Faizun Zaini. Sementara gol Najip FC pula dijaringkan oleh Mohammad Zambrwe Damit dan Muhammad Haffizul Aizad Kekali.