Bayangan imaginasi menjadi realiti

Ulasan siri TV oleh Zulkamal Haji Kamis

Kita sering kali dihiburkan dengan drama bersiri yang menggunakan tema romantik, keluarga, isu dalaman dan sebagainya, namun kita jarang dihiburkan dengan siri drama yang bergenrekan seram atau menakutkan.

Justeru, bagi anda yang menggemari genre seram dan menakutkan, drama terbaharu dari Perancis ini pasti akan dapat memenuhi kehendak anda.

Drama yang bertajuk Marianne ini baru sahaja disiarkan pada 13 September yang lalu dan disiarkan melalui saluran Netflix. Siri menyeramkan ini dicipta oleh Samuel Bodin dan skrip pula dihasilkan oleh Samuel Bodin dan Quoc Dang Tran. Walaupun menggunakan Bahasa Perancis, namun anda tidak khuatir kerana ia turut menggunakan Bahasa Inggeris bagi tontonan di seluruh dunia.

Drama ini dibintangi oleh beberapa pelakon hebat dari Perancis iaitu Victoire Du Bois, Lucie Boujenah, Tiphaine Daviot dan Mireille Herbstmeyer. Menurut pihak produksi, drama Marianne ini dijangka akan mempunyai sebanyak lapan episod.

Selain mengemukakan unsur seram dan menakutkan, drama ini turut menampilkan konsep sains fiksyen.

Apakah yang berlaku seterusnya kepada Emma atau kepada rakan-rakannya yang lain, anda boleh saksikannya dalam drama Marianne yang disiarkan melalui saluran Netflix.

Plot ringkas

Drama Marianne ini mengisahkan mengenai seorang penulis novel yang bernama Emma Larsimon di mana Emma sedang bekerja keras untuk merealisasikan penulisan buku novel seramnya yang terbaharu.

Emma memaklumkan perkembangan buku baharunya itu kepada rakan-rakanya yang lain.

Namun tanpa disedari oleh penulis itu, watak-watak yang digunakan di dalam perjalanan novel itu seakan-akan wujud di alam dunia nyata.

Setelah berfikir lama, barulah dia menyedari bahawa dia pernah menghasilkan watak tersebut dan menyedari bahawa watak tersebut sememangnya wujud di alam realiti.

Karakter yang dimaksudkan itu adalah Marianne, kelihatan sangat menakutkan, hodoh dan wajahnya seakan-akan menyembunyikan sesuatu yang kejam dan menakutkan.

Apakah yang berlaku seterusnya kepada Emma atau kepada rakan-rakannya yang lain, anda boleh saksikannya dalam drama Marianne yang disiarkan melalui saluran Netflix.