Bayar hutang atau masuk penjara?

NEW DELHI, 20 Feb – Mahkamah tinggi India memberitahu taikun jutawan, Anil Ambani hari ini bahawa beliau perlu membayar hutang kepada Ericsson atau masuk penjara, susulan isu baharu yang memaksa syarikat telekom miliknya memfailkan bankrap.

Reliance Communcations milik Ambani berhutang kira-kira AS$4 bilion selepas persaingan harga telekom yang menyaksikan beliau bertemu dengan abangnya, Mukesh, individu terkaya di India sekali gus menjejaskan komuniti perniagaan negara itu.

Hakim mendapati Anil Ambani menolak untuk membayar syarikat gergasi telekom, Ericsson sebanyak AS$77 juta yang sebelum ini diarahkan oleh Mahkamah Tinggi.

Mereka memerintahkan jutawan itu akan dipenjarakan selama tiga bulan jika 4.5 bilion rupee tidak diselesaikan dalam tempoh empat minggu.

Menurut firma Ambani, ia akan mematuhi arahan tersebut dan membayar hutang tersebut. Kira-kira 1.0 bilion rupee telah dimasukkan dan menurut mahkamah, jumlah itu akan diserahkan kepada Ericsson.

Awal tahun ini, Reliance Communication berkata ia membuat keputusan untuk memulakan prosiding tidak mampu membayar selepas gagal untuk menjual aset bagi membayar semula kepada pemberi pinjaman.

Pertikaian itu bermula apabila Ericsson cuba untuk mendapatkan semula 16 bilion rupee daripada Reliance Communications. Mereka mencapai persetujuan pada Mei lalu tetapi syarikat India itu gagal untuk menepati tarikh akhir pembayaran.

Ambani berharap untuk mengelak daripada prosiding tidak mampu membayar dengan menyerahkan perniagaan syarikat menara telekomnya kepada perniagaan abangnya, Reliance Jio dengan nilai AS$2.4 bilion tetapi perjanjian itu berdepan sekatan peraturan dan tentangan daripada pemiutang.

Reliance Communications berdepan pembubaran jika ia gagal untuk membayar semula hutangnya pada November lalu. – AFP

Anil Ambani semasa berucap pada mesyuarat agung tahunan syarikat di Mumbai pada 18 September 2018. Mahkamah tinggi India mengarahkan Anil Ambani untuk membayar hutang kepada Ericsson atau masuk penjara. – AP