Oleh Pg Fairol RMF
BANDAR SERI BEGAWAN, 14 April – Dengan kerjasama Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB), Kementerian Hal Ehwal Ugama, Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (Perbadanan TAIB) menawarkan perkhidmatan pembayaran zakat melalui akaun simpanan, pemegang akaun pelanggan Perbadanan TAIB.
Diperkenalkan sejak tahun 2001, pelanggan boleh memohon pemotongan zakat secara automatik yang akan dipotong daripada akaun simpanan pelanggan dengan Perbadanan TAIB mengikut kalendar Islam.
Tambahan lagi, pelanggan juga boleh membuat pembayaran zakat melalui terminal Mesin Deposit Tunai (CDM) Perbadanan TAIB di beberapa lokasi cawangannya.
Pembayaran zakat melalui akaun simpanan boleh dibuat dengan membuat permohonan dari mana jua cawangan Perbadanan TAIB semasa waktu bekerja.