Bayaran tanpa tunai di tiga stesen terpilih

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 OGOS – Pelanggan Shell V-Power boleh membayar menggunakan kad kredit dan debit di tiga stesen runcit sekarang.

Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd dalam satu kenyataan yang dikeluarkan mengatakan permohonan kad kredit dan debit Visa atau Mastercard, dengan kerjasama Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) telah disediakan di Stesen Petrol IBA di Lambak Kanan, Stesen Servis Roxana di Seria dan Stesen Retail Mar’azmala di Jerudong untuk pelanggan Shell V-Power sejak 1 Julai 2020.

Bayaran di IBA dan Stesen Retail Mar’azmala boleh dilakukan di pam minyak sementara untuk Stesen Roxana, bayaran boleh dibuat di kaunter dalam kedai. Selain itu poin-poin hadiah juga boleh ditebus untuk setiap transaksi menggunakan kad BIBD.

Pelanggan Shell V-Power boleh menggunakan kad kredit atau debit untuk membuat bayaran di tiga stesen minyak terpilih.