Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Bayern amuk gawang Bochum 7-0

    BERLIN, 21 OGOS – Sadio Mane menjaringkan dua gol, termasuk satu melalui sepakan penalti, ketika Bayern Munich membelasah Bochum 7-0 dan melanjutkan permulaan cemerlang bagi musim Bundesliga, kelmarin.

    Meskipun tidak pernah menjaringkan gol melalui sepakan penalti semasa di Liga Perdana, Mane menyempurnakan sepakan pada minit ke-60 dan dilihat bakal menggantikan Robert Lewandowski yang meninggalkan pasukan selaku pengambil sepakan penalti.

    Bayern kini menjaringkan 19 gol dalam empat perlawanan kompetitif sejak penyerang Poland itu berhijrah ke Barcelona musim panas ini.

    Bekas penyerang Manchester City, Leroy Sane, membuat penampilan pertama musim ini, membuka jaringan seawal minit keempat, rembatan lencongnya menuju tepat ke penjuru gawang.

    Tenaga dan kepantasan Bayern terus mendatangkan masalah buat Bochum, dengan pemain pertahanan Belanda, Matthijs de Ligt meraikan gol sulung bersama Bayern selepas menanduk masuk bola hantaran lintang pada minit ke-25.

    Reaksi Leroy Sane meraikan gol bersama rakan sepasukan sewaktu menentang Bochum, 21 Ogos lalu. – AP

    Ulang tayang menunjukkan bola terkena tangan Ligt, namus selepas tinjauan VAR gol tersebut tetap diberikan.

    Kingsley Coman menambah gol ketiga selepas 33 minit permainan sebelum membantu Sane meledak gol pada minit ke-42.

    Sepakan penalti Mane menjadikan kedudukan 5-0, dan pemain pertahanan Bochum Christian Gamboa menjaringkan gol sendiri ketika cuba mengeluarkan bola pada minit ke-69.

    Serge Gnabry menambah derita Bochum dengan menjaringkan gol ketujuh buat Bayern Munich pada minit ke-76.

    Bayern, yang tewas mengejut 4-2 dalam perlawanan musim lalu, merampas semula kedudukan teratas liga.

    Mereka satu-satunya pasukan di Bundesliga yang berjaya memenangi kesemua perlawanan pembukaan mereka.– AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...