Wednesday, February 19, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bayern belasah M’Gladbach

    BERLIN, Jerman, 15 April – Sandro Wagner meledak dua gol ketika Bayern Munich yang sedang memburu tiga gelaran membelasah Borussia Moenchengladbach 5-1 dalam aksi Bundesliga di laman sendiri, semalam.

    Selepas mengesahkan gelaran keenam berturut-turut Bundesliga pada minggu lalu dan melangkah ke kelompok empat terbaik Liga Juara-juara, kemenangan jelas satu lagi aksi menakjubkan buat Bayern yang turut akan beraksi di separuh akhir Piala Jerman menentang Leverkusen, Rabu ini.

    Wagner yang menjadi penyerang gantian untuk penyerang utama Bayern, Robert Lewandowski yang berada di bangku simpanan, sudah menjaringkan tujuh gol dalam lapan perlawanan liga.

    “Saya memperoleh keseronokan, saya berada di prestasi terbaik saya ketika ini dan saja menjangkakan untuk berada di Piala Dunia pada musim panas ini,” kata Wagner.

    Sandro Wagner (kanan) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan selepas mencetak gol semasa perlawanan menentang Borussia Moenchengladbach di Munich, Jerman. – AFP

    Gladbach yang menewaskan Bayern 2-1 di Borussia Park, November lalu mendiamkan penyokong tuan rumah apabila Josip Drmic berjaya menewaskan pertahanan, Niklas Suele untuk mendahului pada minit kesembilan.

    Begitupun, Wagner tampil cemerlang apabila menyamakan kedudukan berpunca daripada hantaran baik Thomas Mueller pada minit ke-37 sebelum menambah gol kedua menerusi tandukan empat minit kemudian.

    Bayern menambah kelebihan pada minit ke-51 menerusi jaringan Thiago Alcantara selepas penjaga gol Gladbach, Yann Sommer gagal menampan kemas cubaan Wagner. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda