Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Bayern belasah Union, lebar rekod kemenangan

    BERLIN, 20 MAC – Bayern Munich membelasah Union Berlin 4-0 semalam untuk melebarkan pendahuluan tujuh mata di puncak Bundesliga ketika Robert Lewandowski meledak dua gol untuk melakar jaringan 30 gol liga untuk musim ini.

    Pasukan tempat kedua Borussia Dortmund mengunjungi Cologne hari ini. “Kami bermain dengan amat cemerlang dan mewujudkan banyak peluang. Kami mahu menang untuk meluaskan jurang di depan Dortmund,” kata penjaring gol Kingsley Coman.

    Bayern mendahului di Arena Allianz apabila Coman meledak jaringan menakjubkan ke sudut atas dari luar kawasan pada minit ke-16.

    Pemain pertahanan remaja Perancis Tanguy Nianzou seterusnya menanduk masuk gol Bayern pertamanya sebelum Lewandowski mengubah satu penalti untuk menjadikannya 3-0 pada masa rehat.

    Setelah seri dalam dua perlawanan liga mereka sebelum ini, Bayern bangkit semula dengan menguasai perlawanan dan tidak memberikan peluang kepada Union.

    Aksi Robert Lewandowski bersaing mendapatkan bola dengan penjaga gol Andreas Luthe semasa perlawanan di antara Bayern Munich dan Union Berlin di Munich, selatan Jerman pada 19 Mac 2022. – AFP

    Lewandowski telah mencatat 43 gol untuk Bayern pada musim ini dalam semua pertandingan. Dia adalah seorang daripada empat pemain yang mana kontraknya akan mansuh pada 2023, namun Bayern dilaporkan masih belum menawarkannya satu pelanjutan.

    Separuh masa kedua baru bermula apabila Lewandowski, yang tidak menunjukkan sebarang tanda kecederaan lutut yang dialaminya pada pertengahan minggu, menjaringkan gol keempat hasil daripada hantaran Jamal Musiala.

    Malah Joshua Kimmich, yang amat kritis mengenai prestasi pasukannya, berasa gembira dengan kemenangan Bayern.

    “Kami memberikan mereka dua atau tiga peluang dalam separuh masa pertama yang tidak patut, namun ia masih satu kemenangan yang layak dimenangi,” kata Kimmich.

    Kemenangan itu merupakan yang ke-311 untuk penjaga gol Bayern Manuel Neuer dalam Budesliga, memecah rekod yang dikongsi sebelum ini dengan Oliver Kahn. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 remaja ditahan dalam serbuan antikeganasan

    SYDNEY, 24 APRIL - Polis Australia memberkas tujuh remaja dalam serbuan antikeganasan hari ini, dengan dakwaan rangkaian itu mungkin merancang serangan dan menimbulkan ‘risiko...