Bayern bertelagah dengan penyokong di China

SHANGHAI, 26 OGOS – Bayern Munich terlibat dalam pertelingkahan dengan peminat mereka dari China hanya selepas beberapa hari mereka menjuarai Liga Juara-Juara, menuduh peminat ‘salah guna’ dalam kempen perhubungan awam yang salah.

Dalam menantikan perlawanan final pada Ahad lalu menentang Paris Saint-Germain, beberapa orang peminat mengkritik usaha kelab Jerman untuk mendapat sokongan dari kumpulan kugiran China, ‘Teens in Times’.

Kelab tersebut dituduh terdesak menayangkan beberapa siri pesanan dalam talian yang bocor bahawa mereka telah berhubung dengan kumpulan tersebut untuk meraih sokongan.

Pasukan bola sepak Eropah secara agresif mengadili kelas pertengahan China yang semakin meningkat dan profil Bayern di negara paling ramai penduduk di dunia seharusnya diberi dorongan dengan mengalahkan PSG 1-0 untuk meraih gelaran Eropah dan kejuaraan domestik musim ini.

Tetapi beberapa orang peminat merasakan usaha media sosial Bayern merendahkan peminat dan mereka meluahkan rasa tidak puas hati mereka menerusi aplikasi Weibo, di mana Bayern mempunyai 4.2 juta pengikut.

“Adakah anda telah membuat penilaian dengan serius mengenai risiko dan akibat kerjasama (dengan kumpulan kugiran)?” tulis seorang peminta menerusi Weibo.

“Saya akan menulis surat aduan kepada ibu pejabat Bayern.”

Bayern, yang mempunyai pejabat di Shanghai dan berkata mereka mempunyai 110 juta peminat di China, menentang dalam sebuah surat terbuka diterbitkan di Weibo. – AFP

Beberapa orang peminat Bayern dari China merasakan usaha media sosial Bayern merendahkan peminat dan mereka meluahkan rasa tidak puas hati mereka menerusi aplikasi Weibo. – AFP