Bayern bimbang kecederaan Serge Gnabry

LEIPZIG, JERMAN, 12 SEPT – Pemain sayap Jerman, Serge Gnabry yang masih pulih dari kecederaan diragui untuk diturunkan menjelang perlawanan pembukaan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara menentang Barcelona Selasa ini.

Gnabry dikeluarkan sebelum separuh masa pertama tamat dengan kecederaan belakang dalam kemenangan Bayern 4-1 menentang RB Leipzig kelmarin.

Ketua jurulatih Bayern, Julian Nagelsmann berkata, Gnabry berusaha untuk kembali cergas untuk perlawanan di Camp Nou.

“Serge Gnabry mengalami sakit di tulang rusuk dan sakit belakang,” kata Nagelsmann.
“Saya tidak tahu apakah dia akan sembuh untuk perlawanan Selasa ini, siapa pun yang mengalami sakit tahu dia boleh pergi beraksi dengan cepat atau perlu mengambil masa.

“Kita harus bercakap dengan doktor pasukan dan berjumpa.”

Gnabry, 26, mempamerkan prestasi hebat baru-baru ini, menjaringkan tiga gol untuk Jerman dalam kelayakan Piala Dunia bulan ini. – AFP