Bayern buat perancangan masa depan

DUSSELDORF, 6 MEI – Selain merancang untuk melanjutkan rekod kejuaraan Bundesliga sembilan kali berturut-turut, Bayern Munich juga menghabiskan banyak masa merancang untuk masa hadapan.

Bayern boleh menjuarai satu lagi kejuaraan Sabtu ini meskipun sebelum memulakan perlawanan menentang Borussia Monchengladbach jika Borussia Dortmund menewaskan pasukan Leipzig, yang menghuni tangga kedua pada perlawanan awal. Namun begitu, kemenangan Bayern semestinya membuatkan mereka meraih kejuaraan.

Bayern telah menjadi pasukan yang pasti memenangi kejuaraan sejak mengalahkan Leipzig bulan lalu. Tetapi, kekalahan 2-1 di tangan Mainz dalam perlawanan terakhir telah menunda keraian mereka.

“Kami menemui semula dahaga kemenangan dalam dua minggu ini di mana kami tidak bermain,” kata penyerang Bayern, Thomas Muller. “Itu memberikan kami masa untuk pulih dari segi fizikal dan mental. Dalam minggu pertama latihan, kami berseronok dan bekerja dengan baik. Jadi, kami fokus untuk perlawanan.”

Dalam masa yang sama, pengurusan kelab terus bergerak ke hadapan dengan perancangan untuk musim hadapan selepas Hansi Flick membuat keputusan berhenti menjadi jurulatih. Flick menjadi calon utama untuk mengalas tugas kejurulatihan pasukan kebangsaan Jerman selepas Joachim Loaw meletak jawatan selepas Kejohanan Eropah tahun ini.

Sebaliknya, Julian Nagelsmann akan menyertai Bayern dari Leipzig untuk mentransformasikan kejayaan Flick tetapi pasukan tersebut dianggap sudah tua.

Kontraknya selama lima tahun adalah sangat panjang buat Bayern dan diikuti dengan pemergian orang-orang lama.

David Alaba bersama kelab selama 13 tahun tetapi meninggalkan Bayern kerana gagal mencapai persetujuan pembaharuan kontrak. – AFP

Gambar fail jurulatih Bayern, Hansi Flick mengucapkan tahniah kepada pemainnya selepas perlawanan. – AP