BERLIN, 29 Jan – Carlo Ancelotti (gambar) mengakui pendahulu Bundesliga Bayern Munich kelihatan ‘cemas dan bimbang’ ketika kemenangan 2-1 di Werder Bremen yang diancam penyingkiran semalam.
“Ia adalah kemenangan penting dalam perlawanan yang sukar,” kata jurulatih Bayern selepas pasukannya terlepas dari serangan separuh masa kedua Werder untuk kekal tiga mata di depan.
“Selepas bolos satu jaringan, kami kehilangan rentak dan merasa sedikit cemas dan bimbang, saya perlu mengakuinya. Tetapi pada akhirnya, kami mengawal permainan. Selalu ada kesukaran dalam satu musim.”
Ini adalah kemenangan ketujuh berturut-turut liga bagi Bayern dan kemenangan ke-13 berturut-turut ke atas Bremen menerusi jaringan separuh masa pertama Arjen Robben dan David Alaba.
Tetapi, silap Ancelotti, pendahulu liga kehilangan rentak dan penguasaan selepas pemain penyerang Jerman, Max Kruse menjaringkan gol bagi Bremen pada minit ke-53.
Dengan persaingan menentang Arsenal semakin hampir untuk 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara dalam tempoh dua minggu, Bayern perlu meningkat, kata kapten pasukan, Philipp Lahm, terutama selepas kemenangan lewat hujung minggu di Freiburg dalam persaingan liga.
“Perkara penting ialah kami menang tetapi ia jelas kami boleh dan perlu beraksi dengan lebih baik,” kata Lahm.
“Kami memiliki minggu yang sibuk, dengan sebahagian halangan sebenar dan kami perlu bertindak lebih baik berbanding yang kami lakukan dalam dua perlawanan lalu.”
Penjaring terbanyak Bayern, Robben yang tidak kagum berkata: “Apabila anda mendahului 2-0, ia seharusnya berakhir. Mereka memberikan kami lebih banyak tekanan pada separuh masa kedua apabila ia seharusnya tugas lebih mudah di belakang dengan lebih banyak ruang. – AFP