Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Bayern gah belasah D.C United

    WASHINGTON, 21 JULAI – Pemain baharu Bayern, Sadio Mane dan Matthijs De Ligt menjaringkan gol sulung ketika Bayern Munich membelasah pasukan Liga Utama Bolasepak, D.C United 6-2 dalam perlawanan persahabatan kelmarin.

    Pemain antarabangsa Senegal, Mane, yang menyertai Bayern dari Liverpool pada bulan lalu dalam perpindahan yang dilaporkan bernilai AS$42 juta telah membuka rekod jaringannya untuk juara Bundesliga itu menerusi sepakan penalti selepas lima minit dari sepak mula.

    Bayern dihadiahkan sepakan penalti selepas pemain pertahanan tengah D.C. United,

    Donovan Pines melakukan kekasaran ke atas Lucas Copado ketika penyerang remaja itu meluru masuk ke dalam kawasan penalti.

    Jaringan pembukaan Mane seterusnya meningkatkan keyakinan Bayern bagi menguasai kawalan bola di Padang Audi Washington sekali gus memaksa anak buah pengurus bekas bintang England dan Manchester United, Wayne Rooney, bergelut untuk bertahan daripada serangan bertali arus.

    Aksi Sadio Mane semasa perlawanan persahabatan pramusim antara DC United dan Bayern Munich di Audi Field kelmarin. – AFP

    Bayern menggandakan pendahuluan pada minit ke-12 apabila rembatan Marcel Sabitzer dari luar kotak menewaskan penjaga gol D.C. United, Jon Kempin. Serge Gnabry menjadikan kedudukan 3-0 sejurus sebelum tamat babak pertama dengan menyempurnakan hantaran lintang leret dari Mane pada minit ke-44.

    De Ligt kemudian menghasilkan gol pada penampilan sulungnya selepas dimasukkan sebagai pemain gantian pada separuh masa pertama.

    Pemain pertahanan Belanda itu menerjah dengan sepakan voli menerusi sepakan sudut untuk menjadikan kedudukan 4-0 pada minit ke-47.

    Joshua Zirkzee menambah pendahuluan Bayern untuk menjadikan kedudukan 5-0 pada minit ke-51 sebelum Skage Lehland menyumbang gol sagu hati untuk D.C. United tiga minit kemudian.

    Theodore Ku-Dipietro menambah gol kedua bagi D.C. United tiga minit sebelum tamat permainan sebelum pemain veteran Jerman, Thomas Mueller menjadikan kedudukan 6-2 pada masa kecederaan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...