Friday, April 26, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Bayern kembali raih kemenangan

    BERLIN, 18 APRIL – Bayern Munich boleh mengesahkan kejuaraan Bundesliga ke-10 berturut-turut pada hujung minggu depan selepas mereka bangkit daripada penyingkiran Liga Juara-juara dengan kemenangan 3-0 di Arminia Bielefeld kelmarin.

    Gol sendiri oleh pemain pertahanan Bielefeld, Jacob Laursen dan jaringan gol oleh Serge Gnabry serta Jamal Musiala menyaksikan Bayern selesa mendahului dengan sembilan mata. “Kemenangan berjaya mengubat kekecewaan selepas kami tersingkir,” kata Gnabry kepada DAZN.

    Bayern kembali meraih kemenangan lima hari selepas tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara Eropah susulan kekalahan 2-1 secara agregat di tangan Villareal.

    “Saya mengalami kesukaran untuk menerimanya,” kata pemain tengah Bayern, Joshua Kimmich, yang bermain dengan cemerlang dalam perlawanan kelmarin.

    “Ia masih dalam ingatan.”

    Aksi liga masih berbaki empat perlawanan tetapi Bayern boleh memastikan kejuaraan dengan menewaskan pasukan tangga kedua, Borussia Dortmund dalam pertembungan pada Sabtu depan di Munich. “Kami pasti mahu meraihnya semasa perlawanan menentang Dortmund,” tambah Kimmich.

    Bayern telah mendahului selepas kurang 10 minit di Bielefeld apabila hantaran Kimmich diberikan kepada Robert Lewandowski, yang mendapatkannya sebelum Laur-sen membantunya menjaringkan gol.

    Bayern terlepas peluang apabila pemain tengah dari Jepun, Masaya Okugawa memintas bola melepasi Dayot Upamecano sebelum merembat masuk menewaskan Manuel Neuer, tetapi gol tersebut disahkan sebagai ofsaid.

    Sebelum separuh masa tamat, pemain tengah Bielefeld, Fabian Kunze diusung keluar selepas disiku di kepala oleh pemain Bayern, Tanguy Nianzou, yang dilayangkan kad kuning atas kekasaran tersebut. – AFP

    Aksi Dayot Upamecano (tengah kiri) dan Patrick Wimmer semasa berebut bola dalam perlawanan Bundesliga di antara Arminia Bielefeld dan Bayern Munich. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Menteri India pengsan semasa berkempen kerana cuaca panas

    NEW DELHI, 25 APRIL - Seorang menteri India telah pengsan semasa berucap pada perhimpunan pilihan raya kerana cuaca panas ketika biro cuaca negara itu...