Bayern ‘malu’ dengan tindakan penyokong

BERLIN, 1 MAC – Pengerusi Bayern Munich, Karl-Heinz Rummenigge berikrar untuk ‘mengambil tindakan tegas’ ke atas penyokong yang mengeluarkan kain rentang menghina pemilik Hoffenheim, Dietmar Hopp ketika aksi perlawanan Bundesliga di mana pendahulu liga memperoleh kemenangan 6-0 pada Sabtu.

Perlawanan di Hoffenheim berakhir dengan keadaan yang aneh di mana kedua-dua pasukan membuat hantaran antara satu dengan lain selepas perlawanan tersebut ditunda ekoran penyokong menggantung kain rentang dengan kata-kata kesat.

Pemain-pemain dari kedua-dua pasukan hanya berdiri di tengah padang dan enggan bermain untuk tempoh 10 minit terakhir perlawanan. Rummenigge berkata beliau merasa ‘sangat malu dengan kekecohan yang dicetuskan mereka’ yang telah ‘mencemarkan nama baik FC Bayern.’

Keseluruhan pasukan Bayern termasuk jurulatih, Hansi Flick dan Rummenigge menghampiri penyokong Bayern dan meminta mereka supaya menurunkan kain rentang tersebut. – AFP

Perlawanan di antara Bayern dan Hoffenheim dibayangi oleh insiden kain rentang yang digantung oleh penyokong Bayern kelmarin.