Wednesday, April 24, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    ‘Bayern mampu lakukan lebih baik’

    FRANKFURT, 3 OGOS – Penyerang bintang Bayern Munich, Sadio Mane tidak mengambil masa terlalu lama untuk menyesuaikan diri bersama rakan sepasukan baharu, dan mendedahkan dia turut membawa pakaian lederhosen bersamanya ke ibu kota Bavaria pada musim panas.

    Bercakap semasa temu bual dengan Member magazine 51 kelmarin, Mane berkata dia menyimpan sepasang pakaian kulit tradisional yang pernah diberikan kepadanya semasa bermain untuk Red Bull Salzburg dengan harapan suatu hari nanti dapat memakai pakaian tersebut di Munich semasa perayaan.

    “Saya sebelum ini pernah berkunjung ke Munich beberapa kali, bersama rakan. Dan pernah ke Allianz Arena sekali, iaitu semasa perlawanan di Liga Juara-Juara menentang Arsenal.

    Pada ketika itu, saya tidak dapat membayangkan akan bermain di sini suatu hari nanti.

    Mane, 30, berjaya melakar satu gol dalam kemenangan 5-3 menentang RB Leizig dalam pertemuan Piala Super, Sabtu lalu, iaitu perlawanan kompetitif pertamanya bersama kelab baharunya.

    Ketibaannya ke Munich sedikit sebanyak meredakan kebimbangan peminat mengenai pemergian Robert Lewandowski ketika kelab itu cuba melanjutkan rekod untuk memenangi gelaran Bundesliga ke-11 berturut-turut.

    Pemenang Pemain Terbaik Tahunan Afrika dua kali itu sempat memberi amaran selepas penampilan pertamanya, dengan mengatakan Bayern ‘mampu melakukan lebih baik’ meskipun menjulang trofi Piala Super ke-10.

    “Ini baru permulaan musim. Kami masih mempunyai masa untuk memperbaiki permainan.”

    Pemain kebangsaan Senegal itu menjaringkan 120 go dalam 269 penampilan untuk Liverpool, di mana dia berjaya memenangi beberapa trofi termasuk Liga Juara-Juara dan Liga Perdana Inggeris. – AFP

    Reaksi Sadio Mane semasa bermain menentang RB Leipzig dalam pertemuan Piala Super minggu lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...