Bayern menang bergaya

BELGRADE, SERBIA, 27 NOV – Robert Lewandowski menjaringkan empat gol dalam tempoh lima belas minit ketika Bayern Munich menewaskan Red Star Belgrade 6-0 untuk memenangi kumpulan Liga Juara-Juara kelmarin.

Penyerang Poland itu meledak keempat-empat gol tersebut di separuh masa kedua, memberikan kelebihan kepada Bayern untuk melangkah ke peringkat kalah mati, menjadikan lima kemenangan daripada lima perlawanan di Kumpulan B.

Lewandowkski merupakan pemain kedua yang berjaya menjaringkan empat gol dalam perlawanan Liga Juara-Juara dalam dua kesempatan selepas Lionel Messi dari Barcelona. Lewandowski menjaringkan empat gol semasa menentang Real Madrid ketika bermain untuk Borussia Dortmund pada 2013.

“Saya perlu mengakui… saya ketagih untuk menjaringkan gol,” tulis Lewandowski di Twiter.

Kemenangan di tempat lawan masih dapat diteruskan sebagai permulaan yang sempurna bagi jurulatih Hanis Flick sejak mengambil alih pasukan dari Niko Kovac selepas berlaku pemecatan.

Pasukan Flick berjaya menjaringkan 16 gol dalam empat perlawanan dan tidak pernah mengecewakan, memastikan bekas penolong jurulatih Jerman membuat permulaan terbaik daripada jurulatih – jurulatih Bayern sebelumnya. – AP

Aksi Robert Lewandowski ketika meraikan jaringan semasa per-lawanan tersebut. – AP