Sunday, March 23, 2025
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bayern mulakan hidup tanpa Ancelotti

    BERLIN, 29 Sept – Bayern Munich akan memulakan hidup tanpa Carlo Ancelotti hujung minggu ini, ketika jurulatih sementara Willy Sagnol mengambil alih kepimpinan menjelang kunjungan ke Hertha Berlin.

    Juara Bundesliga itu telah dimalukan dalam kekalahan 3-0 oleh Paris Saint-Germain (PSG) dalam aksi Liga Juara-Juara, dan kelab membuat tindak balas dengan terus memecat Ancelotti.

    Selepas kalah 2-0 di laman luar kepada Hoffenheim dan melepaskan kelebihan dua gol di gelanggang sendiri kepada Wolfsburg, malah prestasi Bayern Munich dalam Bundesliga juga jauh daripada prestasi dominan mereka.

    Dengan kelab berada di kedudukan ketiga di belakang Hoffenheim dan pendahulu Borussia Dortmund, khabar angin mengenai masalah di bilik persalinan semakin menambah tekanan ke atas Ancelotti.

    Berdepan dengan kritikan daripada penyokong dan media atas kegagalannya menyelesaikan masalahnya dengan Thomas Mueller, hubungan Ancelotti dengan pemain lain seperti Robert Lewandowski, Arjen Robben dan Franck Ribery juga dilaporkan semakin buruk.

    Gambar fail pada 6 November 2016 menunjukkan Carlo Ancelotti (kiri) bersama CEO Bayern Munich, Karl-Heinz Rummenigge di Munich. Bayern akan memulakan era baru tanpa Ancelotti hujung minggu ini menentang Hertha. – AFP

    Ketika Sagnol mengambil alih buat sementara waktu, Bayern akan dilihat menghidupkan semua musim mereka apabila mereka berkunjung ke Berlin.

    Ancelotti yang dikritik hebat atas pemilihan pasukannya menentang PSG, dan Mats Hummels, Robben, Ribery dan Jerome Boateng dijangka kembali dalam kesebelasan utama menentang Hertha.

    “Saya menjangkakan perkembangan positif daripada pasukan, dan keazaman tinggi untuk memberikan yang terbaik,” kata ketua eksekutif kelab, Karl-Heinz Rummenigge selepas pemecatan Ancelotti.

    Selepas keputusan di Paris, tidak ada keputusan lain selain kemenangan diterima bagi hierarki Bayern di Berlin.

    Hertha telah merehatkan beberapa pemain utama bagi pertembungan Liga Europa dengan Ostersund, dan pemain seperti Rekik, Rune Jarstein, Marvin Plattenhardt dan Mathew Leckie dijangka kembali menentang Bayern. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda