Bayern mulakan latihan

BERLIN, 6 APRIL – Bayern Munich Berkata kelmarin bahawa para pemain akan kembali berlatih hari ini untuk pertama kali sejak Bundesliga digantung disebabkan oleh koronavirus.

Bayern yang mendahului carta liga dengan kelebihan empat mata ketika musim ini dihentikan pada 13 Mac.

“Pasukan utama Bayern Muncih akan kembali berlatih dalam kumpulan yang kecil pada hari Isnin, 6 April,” menurut kenyataan dari kelab tersebut.

“Ia akan dijalankan dalam koordinasi dengan dasar kerajaan dan pihak yang berkenaan.

“Segala peraturan kebersihan akan dipantau dengan ketat.”

Pegawai liga bola sepak Jerman telah menasihatkan rehat dari berlatih sehingga seawal-awalnya pada hari Ahad.

Bayern berkata latihan tersebut akan diadakan secara tertutup tanpa kehadiran orang awam.

“Bagi meperlahankan penularan koronavirus, Bayern telah meminta penyokong untuk terus mengikut arahan dari pihak berkuasa dan sila jangan hadir ke pusat latihan Bayern,” menurut kenyataan.

Lebih dari 1,300 orang telah terkorban di Jerman akibat wabak koronavirus itu. – AFP