Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Bayern Munich dikejutkan oleh Bochum

    BAYERN, 13 FEB – Pemain tengah Bayern Munich, Joshua Kimmich berkata pasukannya perlu mempersoalkan mentaliti mereka selepas mereka tewas mengejut 4-2 di tangan pasukan kecil Bundesliga, Bochum menjelang pertembungan Liga Juara-Juara menentang Red Bull Salzburg, pada Rabu.

    Bayern dibolosi empat gol pada separuh masa pertama buat kali pertama dalam perlawanan Bundesliga sejak 1975 ketika pasukan baharu dipromosikan, Bochum menuju kemenangan, membuatkan pasukan juara itu terkejut.

    “Ini adalah prestasi terburuk kami musim ini. Kami perlu bertanya kepada diri sendiri sama ada ini adalah mentaliti yang dimiliki oleh Bayern Munich,” Kimmich yang kecewa memberitahu Sky.

    “Nasib baik ia berlaku dalam perlawanan Bundesliga kali ini, tetapi kami mempunyai perlawanan Liga Juara-Juara pada hari Rabu,” tambahnya.

    Bayern tidak pernah tewas kepada Bochum sejak 2004 menjelang perlawanan ini dan menewaskan mereka 7-0 apabila kedua-dua pasukan kali terakhir bertemu pada September lalu.

    Jaringan pembukaan dari Robert Lewandowski pada sembilan minit seperti telah mengesahkan kemenangan.

    Namun Bochum menyamakan kedudukan dengan pantas menerusi Christopher Antwi-Adjei, sebelum mengawal perlawanan 10 minit sebelum rehat separuh masa.

    Juergen Locadia meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan menerusi sepakan penalti selepas bola terkena tangan Dayot Upamecano dan Bayern menjadi semakin lemah di bawah tekanan. – AFP

    Aksi Christopher Antwi-Adjei menjaringkan gol pertama Bochum menentang Bayern Munich kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 remaja ditahan dalam serbuan antikeganasan

    SYDNEY, 24 APRIL - Polis Australia memberkas tujuh remaja dalam serbuan antikeganasan hari ini, dengan dakwaan rangkaian itu mungkin merancang serangan dan menimbulkan ‘risiko...