Monday, December 30, 2024
24.4 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

Bayern rasmikan akademi belia

BERLIN, 22 Ogos – Bayern Munich secara rasminya membuka akademi belia baru mereka semalam, di mana mereka berharap dalam melahirkan generasi baru bintang tanah air sebagai ‘jawapan tepat’ kepada yuran perpindahan yang semakin melambung susulan perpindahan Neymar ke Paris Saint-Germain.

“Saya yakin kami boleh memberikan jawapan tepat kepada pembangunan bola sepak antarabangsa, ke atas kegilaan perpindahan secara keseluruhan dan gaji yang melambung tinggi,” kata presiden Bayern, Uli Hoeness, yang secara halusnya merujuk pada perpindahan rekod dunia Neymar dalam ucapannya.

“Kita lihat dalam kampus ini peluang untuk menjana kejayaan yang banyak di masa depan.” Kampus FC Bayern mengambil masa dua tahun untuk siap dengan kos sebanyak 70 juta euro, ‘tidak sampai separuh harga Neymar’, seloroh datuk bandar Munich, Dieter Reiter.

PSG membayar Barcelona 222 juta euro bagi bintang Brazil itu, kos klausa beli dalam kontraknya. Dia telah dilaporkan meraih pendapatan sebanyak 30 juta euro setahun di ibu negara Perancis itu.

Kemudahan baru itu, berdekatan dengan Stadium Allianz Arena di utara Munich, meliputi 30 hektar, mempunyai sebuah stadium mini, tujuh padang bola sepak, gim, dewan suka, kafeteria dan sekolah berasrama yang dapat menampung 35 orang belia.

Idea di sebalik projek itu adalah mudah. Pemain antarabangsa Austria, David Alaba merupakan bakat terakhir tanah air yang dinaikkan ke pasukan pertama pada tahun 2010.

Jadi ia diharap kampus itu akan melahirkan Mats Hummels atau Thomas Mueller seterusnya, bintang yang bukan hanya untuk Bayern, tetapi juga untuk Jerman.

“Seorang pemain setiap tahun bagi pasukan pertama,” adalah apa yang mahu dilihat oleh pengerusi Karl-Heinz Rummenigge. – AFP

- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda