Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Bayern sahkan perpindahan Lewandowski ke Barca

    BERLIN, 17 JULAI – Bayern Munich kelmarin mengesahkan bahawa mereka telah bersetuju dengan perjanjian dengan Barcelona untuk menjual penyerang bintang Poland, Robert Lewandowski ke kelab Sepanyol itu.

    “Kami telah mencapai perjanjian lisan bersama Barcelona. Ia adalah perkara yang baik untuk kedua-dua pihak bersikap berterus terang,” kata presiden Bayern, Herbert Hainer menerusi ciapan Twitter kelab tersebut.

    “Robert berhak mendapatkan yang terbaik, dia telah memenangi segala-galanya bersama kami. Kami amat berterima kasih kepadanya,” tambah kenyataan itu.

    Bayern setakat ini belum memberikan sebarang butiran tetapi media Sepanyol dan Jerman melaporkan pemain lelaki terbaik FIFA dua kali tahun itu telah bersetuju dengan perjanjian empat tahun bernilai AS$50.4 juta, termasuk bayaran tambahan sebanyak AS$5 juta.

    Sementara itu, pasukan Catalan turut mengesahkan rundingan bersama pemenang Liga Juara-Juara 2020 itu.

    “Barcelona dan Bayern Munich telah mencapai persetujuan pada dasarnya bagi perpindahan Robert Lewandowski, bergantung kepada keputusan ujian perubatan dan kontrak yang ditandatangani,” kata mereka dalam satu kenyataan. Lewandowski juga memberitahu televisyen Jerman bahawa dia akan menyertai skuad Barcelona dalam lawatan mereka ke Amerika Syarikat dari 18 hingga 31 Julai.

    Media dalam pada itu melaporkan dia akan menjalani perubatannya di Miami.

    Perjanjian di antara kedua-dua buah pasukan sekali gus mengakhiri semua kebuntuan dan spekulasi dengan pemain berusia 33 tahun itu berkata pada akhir Mei lalu, “sudah pasti kisah saya dengan Bayern telah berakhir.” – AFP

    Aksi Robert Lewandowski semasa sesi latihan pasukan bola sepak Bundesliga divisyen satu Jerman FC Bayern Munich di Munich. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...