Bayern sambung khidmat Flick hingga 2023

BERLIN, 5 APRIL – Gergasi Bundesliga Jerman, Bayern Munich telah memberikan ketua jurulatih Hansi Flick kontrak baharu yang terus mengekalkannya di kelab tersebut sehingga 2023, kelab tersebut mengumumkan.

“Bayern sangat gembira dengan kerja Hansi Flick. Pasukan ini telah membangun dengan baik di bawah kendaliannya dan bermain dengan permainan menarik,” kata ketua pegawai eksekutif kelab, Karl-Heinz Rummenigge dalam kenyataan.

Flick, bekas pembantu pengurus kepada jurulatih Jerman Jochim Loew, mengambil alih tugas di Bayern pada November lalu selepas jurulatih terdahulu Niko Kovac telah dipecat.

Sebelum ini, dia dilantik menjadi pengurus sementara, pengurus yang berusia 55 tahun membawa Bayern dari tangga ke empat ke kemuncak liga, dan telah diberikan ganjaran dengan kontrak sehingga penghujung musim.

Dengan 18 kemenangan dari 21 perlawanan kompetitif, Flick telah membawa Bayern ke landasan yang betul dengan memanjangkan rekod lapan kemenangan berturut-turut kejuaraan Bundesliga sebelum musim ini terhenti disebabkan oleh krisis koronavirus.

Ketua jurulatih, Hansi Flick telah ditawarkan kontrak baharu di Bayern Munich sehingga 2023. – AFP

“Bola sepak menghadapi cabaran besar. kami percaya bahawa Hansi merupakan ketua jurulatih yang betul untuk masa ini,” jelas pengarah sukan Hasan Salihamidzic.

Rummenigge, sementara itu, memuji ‘kualiti kemanusiaan’ dan ‘empati’ yang dimiliki oleh Flick.

Bayern adalah tugasan pertama Flick sebagai ketua jurulatih bola sepak utama.

Meskipun dia tidak mempunyai pengalaman di tahap kelab, jurulatih tersebut menjadi kesukaan pemain pasukan utama, yang sebelum ini semakin kecewa dengan jurulatih terdahulu, Kovac.

Ini dapat dilihat bekas pemain kebangsaan Jerman, Thomas Muellar, yang menyerlah di bawah pemimpin baharu, sebelum ini bekerja dengan Flick di pasukan kebangsaan.

Flick yang menjadi orang kanan kepada jurulatih Jerman, Loew selama lapan tahun dari tahun 2006, membantu negara ke sekurang-kurangnya ke peringkat separuh akhir untuk lima kejohanan utama berturut-turut.

Selepas Jerman memenangi Piala Dunia di Brazil pada tahun 2014, Flick menjadi ketua pengarah Persatuan Bola sepak Jerman, tetapi meletak jawatan dari jawatan itu pada 2017.

Bekas pemain tengah Bayern ini kembali ke Munich yang menjadi sebahagian daripada kakitangan jurulatih pasukan Kovac pada Julai tahun lalu.

Dia mengambil alih jawatan secara penuh pada bulan November selepas jurulatih berbangsa Croatia tidak gembira dengan persembahan dalam kekalahan 5-1 ke atas Eintracht Franfurt, meninggalkan Bayern empat mata dari pasukan puncak liga. – AFP