ROM, 24 FEB – Pasukan juara berta-han, Bayern Munich mengakhiri prestasi kurang memuaskan di liga domestik dengan mencatatkan kemenangan bergaya 4-1 ke atas Lazio kelmarin semasa pertemuan pusingan pertama kelompok 16 terakhir untuk mengambil ‘langkah besar’ menuju ke pusingan suku akhir.
Roberto Lewandowski meletakkan Bayern di hadapan pada awal perlawanan sebelum pemain muda berusia 17 tahun, Jamal Musiala meledak gol sulung di Liga Juara-Juara dalam penampilan keempat di Eropah.
Pemain kelahiran Stuttgart, Musiala, menyambut ulang tahun ke-18 pada Jumaat, kini menjadi pemain Inggeris termuda dalam sejarah Liga Juara-Juara.
Rembatan Leroy Sane memberikan Bayern gol ketiga di Stadio Olimpico sebelum Francesco Acerbi menjaringkan gol sendiri selepas separuh masa kedua bersambung.
“Kami membuat langkah besar untuk mara ke pusingan suku akhir,” kata jurulatih Bayern, Hansi Flick memberitahu Sky.
Joaquin Correa berjaya menjaringkan gol sagu hati dalam separuh masa kedua kepada Lazio. – AFP
