Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Bayern terkandas di Mainz

    BERLIN, 1 MEI – Bayern Munich berdepan kekalahan yang mengejutkan 3-1 di Mainz kelmarin, manakala Erling Haaland mencatatkan gol hatrik meskipun Borussia Dortmund tewas 4-3 di laman sendiri kepada Bochum.

    Dua kelab teratas Jerman kedua-duanya tewas selepas seminggu Bayern menewaskan pasukan tangga kedua Dortmund 3-1 di Munich untuk dinobatkan sebagai juara liga untuk musim kesepuluh berturut-turut.

    Pengurus Bayern, Julian Nagelsmann berang selepas pasukannya mempamerkan aksi hambar di Mainz, yang turut terkena palang empat kali dalam kemenangan yang sepatutnya.

    “Terdapat terlalu banyak kekalahan, terlalu banyak dalam cara yang sama,” kata Nagelsmann marah.

    “Saya fikir kami sentiasa memerlukan semangat asas tertentu dalam permainan kami, yang tidak kami miliki hari ini,” tambahnya lagi.

    Penyerang bawah 21 tahun Jerman Jonathan Burkardt dan pertahanan Perancis Moussa Niakhate memberikan Mainz mata pendahuluan awal 2-0 selepas menembusi pertahanan Bayern.

    Pemain tengah Leandro Barreiro menyambar gol ketiga Mainz sejurus selepas rehat apabila rembatannya melencong ke gawang Bayern.

    The Bavarians hanya mampu mencetak satu gol apabila Robert Lewandowski menjaringkan gol ke-34 Bundesliga musim ini pada minit ke-33, merampas rekod liga selepas menjaringkan 18 gol pada perlawanan musim ini. – AFP

    Aksi di antara pemain pertahanan Mainz, Stefan Bell (kanan) dengan penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowski. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...