Bayern terpaksa lupakan Tolisso bertemu Leipzig

BERLIN, 10 SEPT – Bayern Munich akan tanpa pemain tengah Perancis, Corentin Tolisso dan Kingsley Coman untuk pertemuan penting di Bundesliga menentang RB Leipzig, esok.

Kedua-dua pasukan mempunyai perlawanan penting di Liga Juara-Juara di gelanggang lawan minggu hadapan dengan Bayern akan bertandang ke Barcelona manakala Leipzig berkunjung ke Manchester City pada Rabu depan.

Hari ini, jurulatih Bayern Munich, Julian Nagelsmann mengesahkan bahawa Bayern tidak akan bersama Tolisso, yang pulang dari tugasan antarabangsa lebih awal disebabkan kecederaan, menentang Leipzig dan Barcelona.

Coman sementara itu akan terlepas perlawanan menentang Leipzig kerana tercedera, juga semasa mewakili Perancis, namun dapat diturunkan semasa bertemu Barcelona, menurut Nagelsmann.

Bayern akan turut dengan kekuatan hampir penuh dan dibarisi oleh Thomas Mueller, Alphonso Davies, Benjamin Pavard dan Lucas Hernandez yang kesemuanya sudah pulih dari kecederaan.

Pemain baharu Bayern, Marcel Sabitzer mungkin membuat penampilan sulang bersama kelab esok. – AFP