Bayern turun bukti kemampuan

BERLIN, 21 OKT – Bayern Munich berhadapan Olympiakos dalam Liga Juara-Juara esok dengan pertahanan utama Niklas Suele diketepikan ketika skuad Niko Kovac (gambar kanan) berusaha untuk membuktikan kemampuan mereka menundukkan Tottenham bukan secara kebetulan.

Rombakan skuad Bayern pada musim panas membuahkan hasil yang menakjubkan dua minggu lalu dalam kemenangan 7-2 ke atas Spurs ketika pemain sayap Serge Gnabry menjaringkan empat gol pada babak kedua.

“Jaringan 7-2 adalah perlawanan hebat, satu pernyataan dan tiada apa lebih daripada itu,” tegas jurulatih Bayern itu selepas membelasah finalis musim lalu.

Kini Bayern harus membuktikan kejayaan membelasah Spurs bukan sekadar nasib di Athens selepas prestasi hambar di Bundesliga dan kehilangan pemain tengah, Suele.

Bayern menderita kekalahan pertama musim ini 10 hari lalu apabila kecundang 2-1 di laman sendiri kepada Hoffenheim, kemudian bolos untuk gol penyamaan pada minit ke-91 ketika seri 2-2 di Augsburg Sabtu lalu untuk kekal di tempat ketiga Bundesliga.

Mata di Augsburg menuntut harga yang tinggi apabila ligamen lutut Suele koyak, bermakna dia akan diketepikan selama enam bulan akan datang.

“Kami tidak melepasi ujian watak. Kami tidak terlepas peluang jika kami memanfaatkanya. Itulah cara kami mensia-siakannya,” kata Gnabry selepas seri dengan Augsburg.

“Kadang-kadang anda mempunyai permainan seperti menentang Tottenham di mana segala-galanya berjalan lancar, maka anda mempunyai hari seperti hari ini atau menentang Hoffenheim. Kami hanya perlu melakukan lebih baik dengan peluang yang ada.” – AFP