Sunday, April 21, 2024
25 C
Brunei

    -

    Bazar ketengah produk kampung

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 APRIL – Dalam usaha untuk membantu para peniaga dan pengusaha kampung khususnya dalam meraih pendapatan di bulan Ramadan dan menjelang Hari Raya ini, Majlis Perundingan Kampung (MPK) Sungai Bunga mengadakan Bazar Aidilfitri yang berlangsung di kawasan letak kereta Rimba Point, Gadong bermula kelmarin hingga penghujung Ramadan.

    Perasmiannya telah disempurnakan oleh Penolong Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Haji Amirol Hafidzin bin Haji Mohammad selaku tetamu kehormat majlis yang kemudiannya melihat lebih dekat lagi produk kampung dari MPK berkenaan.

    Terdahulu itu, 30 orang anak yatim di Kampung Sungai Bunga telah menerima sumbangan yang disampaikan oleh tetamu kehormat majlis. MPK Sungai Bunga telah bergiat aktif dalam kegiatan perekonomian bukan saja menghasilkan produk Satu Kampung Satu Produk seperti keropok sayur bayam, kuih sapit, nuget ikan dan ayam tapi MPK tersebut juga giat melatih ahlinya meningkatkan kemahiran melalui kursus dan latihan bukan saja dalam negara tapi juga di luar negara.

    Pada tahun ini, MPK Sungai Bunga terus melangkah ke hadapan dengan mengadakan projek mega iaitu Bazar Aidilfitri yang diungkayahkan bersama Jabatan Daerah Brunei dan Muara serta FHM Advertising. Projek berkenaan dihasratkan dapat memberi peluang kepada pengusaha MPK dan kampung untuk bergabung dengan MPK Sungai Bunga dan peniaga tempatan serta peniaga asing.

    Haji Amirol Hafidzin mengadakan lawatan ke Bazar Aidifitri yang diadakan di ka-wasan letak kereta Rimba Point.
    Tetamu kehormat menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim dari Kampung Sungai Bunga.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...