Bazar ketengahkan produk Thailand

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JUN – Sebagai acara tahunan dalam usaha mempromosikan ekonomi dan kerjasama dalam industri pelancongan, Kedutaan Thailand di Brunei Darussalam akan menganjurkan Bazar Thailand di Pusat Membeli-Belah OneCity, Kampung Salambigar bermula pada 25 Jun depan.

Kira-kira 30 vendor Thailand di Negara Brunei Darussalam akan terlibat bagi memeriahkan bazar berkenaan yang dibukakan untuk orang ramai terutama sekali bagi penggemar produk dan makanan Thai.

Di samping itu pelbagai aktiviti dan acara turut disusun sepanjang bazar berkenaan yang bpleh disertai oleh orang ramai.

Walau bagaimanapun langkah-langkah kawalan penularan COVID-19 seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan akan sentiasa diamalkan bagi memastikan kesejahteraan semua pengunjung yang datang ke bazar berkenaan.

Majlis pembukaan rasmi akan dijadualkan berlangsung pada 3 petang 25 Jun di atrium, aras 1, pusat membeli-belah berkenaan.

Sehubungan dengan itu orang ramai adalah dialu-alukan hadir pada acara tersebut.