Bazar Khan el-Khalili rindui kehadiran para pelancong China

KAHERAH – Pasar Khan el-Khalili yang berusia berabad-abad di Kaherah lama, Mesir, kini menjadi lenggang berbanding dulunya dipenuhi dengan kehadiran pelancong asing.

Ia terjadi setelah penggantungan penerbangan menuju dan dari China pada awal Februari kerana wabak koronavirus novel.

“Kami sangat bergantung kepada pelancong China sejak dua tahun lepas… mereka menghabiskan banyak wang untuk membeli hadiah dan cenderahati,” kata Mohammed Hussein, pemilik kedai antik di pasaran memberitahu media.

Hussein merungut bahawa wabak itu melanda China semasa musim bunga, “yang merupakan musim panas untuk pekerja pelancongan di Mesir.”

Selain penggantungan penerbangan, agensi pelancongan Mesir membatalkan tempahan perjalanan dari pelancong China di beberapa bandar raya selepas wabak virus itu tersebar ke negara lain. Langkah itu telah memberi kesan kepada industri pelancongan Mesir, yang baru-baru ini pulih disebabkan oleh kemasukan besar pelancong China.

Terlihat kawasan gerai-gerai di pasar bazar Khan el-Khalili sunyi dari pelancong China sejak penggantungan penerbangan menuju dan dari China pada awal Februari kerana penularan wabak novel koronavirus. – Xinhua

Kegawatan politik dan cabaran keselamatan berikutan pengusiran dua presiden Mesir pada tahun 2011 dan 2013 telah banyak memberi kesan kepada pelancongan tetapi sektor ini secara beransur pulih apabila Kaherah meningkatkan langkah keselamatan di lapangan terbang dan melancarkan kempen di luar negara untuk mempromosikan tarikan-tarikan tempatan.

Kaunselor Kebudayaan Cina ke Mesir, Shi Yuewen berkata dalam temu bual dengan media bahawa lebih daripada setengah juta pelancong China melawat Mesir pada tahun 2018.

Bagi pelancong asing, termasuk kaum Cina, pasar Khan el-Khalili, yang terletak di tengah-tengah daerah Islam lama di Kaherah pada abad ke 1382 A.D., adalah daya tarikan utama di negara Arab yang paling ramai penduduknya.

Jiran kepada Hussein, iaitu pemilik restoran Sayed Labib, berkata pasar tersebut disibukkan oleh pelancong China. Beliau berkata bahawa bazar tertua di Kaherah tersebut sepi selama hampir satu dekad sehinggalah pelancong China menghidupkan kembali pasaran sejak dua tahun lalu.

“Pelancong China suka pasar ini kerana ia mempunyai segala-galanya yang mereka perlukan, dari barangan antik hingga minyak wangi buatan sendiri dan juga rempah-rempah semua jenis,” kata Labib.

“Jika pelancong China tidak kembali ke Kaherah dalam masa terdekat, perniagaan akan berkurang,” kata Labib sambil minum secawan kopi Turki di hadapan restorannya yang hampir kosong. “Lebih 50 peratus daripada perniagaan pasaran bergantung kepada pelancong China.”

Kelegaan mungkin berlaku minggu ini apabila syarikat penerbangan utama Mesir, EgyptAir mengumumkan menyambung semula penerbangan menuju dan dari China mula hari ini. – Xinhua