Bazar PBB untuk kesejahteraan sejagat

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB) – Kain sutera China, anak patung Rusia dan teh ais Thailand, berikut merupakan beberapa barangan yang dijual di dalam Bazar Antarabangsa yang berlangsung baru-baru ini di ibu pejabat PBB di New York.

Acara berkonsepkan kemanusiaan itu diadakan setahun sekali dan dibiayai oleh Kelab Wanita Delegasi PBB (UNDWC) baru-baru ini dengan memperkenalkan beberapa produk dan makanan dari seluruh dunia di mana kebanyakan negara yang turut serta merupakan negara-negara anggota PBB.

Kesemua hasil daripada bazar itu akan digunakan untuk menangani isu-isu pelarian, kaum wanita dan projek kanak-kanak di Yaman dan juga Selatan Sudan yang disokong oleh UNDWC.

Semasa majlis pelancaran bazaar tersebut, Therese Tommo Monthe, presiden bazar dan isteri kedutaan Cameroon berkata, “Walaupun kita berasal dari latar belakang yang berlainan, kita akan dapat bersatu untuk tujuan umum sehingga menggambarkan dan menegakkan konsep perpaduan dalam kepelbagaian.”

Richard Towle, wakil agensi pelarian PBB (UNHCR) berkata bahawa Yaman dan Selatan Sudan mempunyai kira-kira 4 juta pelarian dan mengucapkan penghargaan terima kasih di atas kerja-kerja kemanusiaan yang dikendalikan oleh pihak UNDWC.

Misi PBB China mendirikan dua gerai di mana masing-masing menjual produk dan pelbagai jenis makanan China, termasuk anak patung panda, kayu-kayu gaharu, Ayam Kung Pao dan sayur goreng. – Xinhua

Memperkenalkan produk

Misi PBB China mendirikan dua gerai di bazar, masing-masing menjual produk dan pelbagai jenis makanan China, termasuk anak patung panda, kayu-kayu gaharu, ayam Kung Pao dan sayur goreng.

Kain sutera China merupakan yang menarik perhatian orang ramai di mana telah habis dijual dalam masa dua jam sahaja, seorang pekerja di gerai tersebut memberitahu media Xinhua.

Memandangkan acara tersebut bertepatan dengan Festival Perahu Naga China, Zongzi, beberapa makanan tradisi yang berkaitan dengan festival perahu itu turut dijual seperti beras yang dibungkus dengan menggunakan daun.

Perwakilan tetap China ke Bangsa-Bangsa Bersatu, Ma Zhaoxu berkata, “Kami membawa Zongzi kerana kami ingin menyumbang kepada kerja amal PBB dan memperluaskan sambutan Perayaan China kepada kakitangan PBB dan apa yang penting ke seluruh dunia.”

Vitavas Srivihok, perwakilan tetap Thailand ke PBB merupakan salah seorang diplomat yang berdiri di gerai bazar mereka. Dia memberitahu media Xinhua bahawa misinya adalah untuk menjual dan mempamerkan lima hidangan utama Thailand seperti Pad Thai, Mangga bersama dengan Sticky Rice, Ayam Massaman, Red ruby Thai dalam air susu kelapa dan Teh Thai.

Manakala beberapa produk jenama mewah seperti Salvatore Ferragamo, Ermenegildo Zegna dan Ray-Ban, juga dijual di bazar tersebut dengan harga yang jauh lebih rendah berbanding di pasaran umum. Bazar ini turut diselenggarakan oleh banyak sukarelawan muda dalam urusan logistik, membina kem gerai, menjaga pas masuk dan menjual tiket.

Selain bazar, beberapa kerja-kerja amal juga dilakukan dalam acara tersebut termasuk jualan lelong pakej pelancongan, di mana hasil daripada kutipan lelong itu akan digunakan untuk projek-projek membantu pelarian Yaman dan juga Selatan Sudan. – Xinhua

SAHAM
TerdahuluMessi atlet terkaya
SeterusnyaMenipu sifat yang keji