Wednesday, April 24, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    BBA akan anjurkan kejohanan You-C1000

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 MEI – Bersempena dengan sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-77, Persatuan Bola Keranjang Brunei (BBA) sekali lagi akan menganjurkan kejohanan Bola Keranjang You-C1000.

    Seperti tahun sebelumnya, terdapat dua kategori dipertandingkan iaitu kategori lelaki dan terbuka wanita yang mana ia dibukakan kepada penduduk Negara Brunei Darussalam yang mempunyai kad pengenalan Brunei atau permit kerja yang sah.

    Selain trofi dan pingat, jumlah hadiah wang tunai lebih $6,900 akan diberikan kepada pemenang kejohanan.

    Piala You-C1000 dijadualkan bermula pada 17 Jun depan dan tarikh tutup pendaftaran ialah pada 2 Jun depan manakala yuran pendaftaran untuk kedua-dua kategori ialah sebanyak $350 setiap pasukan.

    “Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada You-C1000 dan Hui Huang Enterprise, pengedar tunggal minuman sukan You-C1000 di Brunei kerana dengan kemurahan hati mereka yang membolehkan kami terus membawakan kejohanan berkualiti kepada peserta dan penonton” kata Timbalan Presiden Persatuan Bola Keranjang Brunei, Lim Boon Teck.

    Sementara itu, borang pendaftaran boleh didapati dari Gelanggang BBA di Batu Bersurat dan sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada penganjur kejohanan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...